Isnin, 2010 Mac 08

LANGKAH PERTAMA

video

Tarikh 1 Mac 2010, jam 6 petang.

Si kecil ini sudah mula berjalan dengan langkah penuh yakin. Kami menunggu saat ini dengan penuh harapan dan akhirnya, Alhamdulillah si kecil dah mula melangkah beberapa tapak. Sebelum ini kami dan ibu bapa nya telah mencuba pelbagai cara termasuk urutan di kakinya. Mungkin memang sudah tiba masanya dia bersedia untuk menyahut cabaran sebab rakannya yang lain sudah pun berjalan. Bayangkan si kecil ini sudah pandai berfikir "dia boleh berjalan, mengapa tidak aku?"

Tahniah adik ..!

Rabu, 2010 Februari 17

WHAT'S ON MY MIND?



Cuti Tahun Baru Cina 2010 kami dah selesai. Kami di Taska Nur Rahman sudah memulakan tugas hari ini, Rabu (17 Februari 2010). Bagi anda mungkin ada yang berpeluang bercuti panjang hingga hujung minggu ini. Lihat tajuk di atas, mungkin anda tertanya; saya nak tulis tentang apa? 

Biasanya kalau hari pertama setiap minggu, tugas saya adalah memastikan segala keperluan dapur dipenuhi agar keperluan kanak-kanak dan kakitangan tidak terabai. That's on my mind.. Perlu pastikan semuanya berpuashati. Bukan saja kanak-kanak dibawah jagaan kami, bahkan pengasuhnya pun puashati, termasuklah ibu bapa/penjaga puashati. Jadi, adillah, kan? (kalau tak puashati, just let me know, ok!) Tak perlu serang2(depan mahu pun belakang). Saya sedia menerima teguran kearah kebaikan bersama.

Kalau ikan, ayam, daging biasanya saya beli sekali untuk seminggu (biasanya siap dipotong dan dibersihkan bahagian dalaman seperti ayam dan ikan barulah dimasukkan dalam bekas untuk freezer). Bagi sayuran dan buahan pula bergantung kepada jenisnya. Jika yang boleh tahan 2-3 hari saya akan beli 2-3 kali seminggu. Kadangkala saya akan beli setiap hari sebab dalam perjalanan ke taska saya akan singgah ke kedai runcit yang tak berapa jauh dari taska kami. Saya lebih suka untuk pilih sendiri dikedai, kecuali kalau terpaksa misalnya ada tugas diluar, barulah saya buat pesanan untuk dihantar ke taska. Bukan apa, bahan basah seperti ayam, ikan, sayur dan buahan perlulah segar dan sesuai untuk disimpan dalam jangkamasa 2-3 hari. Lebih segar lebih sedap, kan?. Saya cuba yang terbaik untuk semua. InsyaAllah..dan terima kasih kerana membaca hingga ke nokhtah ini.


Khamis, 2010 Februari 11

SELAMAT BERCUTI

 
Sempena sambutan Tahun Baru Cina, saya mewakili seluruh warga kerja Taska Nur Rahman mengucapkan selamat bercuti untuk anda semua terutama ibu bapa serta anak-anak yang dikasihi. Bagi yang pulang ke kampung atau ketempat percutian sekeluarga, pandulah dengan selamat dan utamakan keselamatan.

Bagi kami, taska akan ditutup mulai 13/2/2010 (Sabtu) hingga 16/2/2010 (Selasa). Ini bermakna kami akan beroperasi semula pada 17/2/2010 (Rabu).

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Ahad, 2010 Februari 07

SYARAT DAN PERATURAN TASKA NUR RAHMAN (read only)



Berikut adalah antara kandungan syarat dan peraturan taska untuk ibu bapa/penjaga :-

  1. Kanak-kanak dilarang memakai / membawa sebarang barangan berharga semasa di TASKA.

  1. Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak didalam keadaan bersih apabila tiba di TASKA. (Cth: mandi, tukar lampin, berus gigi, basuh muka). Pakaian tidur (pijama) tidak dibenarkan.

  1. Penyakit berjangkit : Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit ke TASKA sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Bertauliah bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.

  1. Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TASKA : Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TASKA. Jika Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.

  1. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar dikawasan luar TASKA dalam waktu operasi TASKA kecuali atas sebab yang penting. Ibu/Bapa/Penjaga juga tidak dibenarkan menggunakan bangunan TASKA selepas waktu operasi TASKA.

  1. Kedatangan : Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA pada hari tersebut sebelum jam 10 pagi.

  1. Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan : Sila maklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA satu (1) bulan lebih awal jika Ibu/Bapa/Penjaga mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kami.

  1. Merokok dan meludah adalah dilarang didalam persekitaran TASKA.

  1. Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada Penyelia/Pengusaha TASKA.

  1. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam dan dapur TASKA tanpa kebenaran dari Penyelia/Pengusaha TASKA.     

  1. Pihak TASKA menyediakan kemudahan berikut :- makanan, kelengkapan tidur, bahan pengajaran dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

  1. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada dikawasan TASKA.


13     Bayi dan kanak-kanak menggunakan lampin pakai buang (jika masih perlu menggunakannya) bagi tujuan kebersihan.

14        Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TASKA.

15       Ibu/Bapa/Penjaga mungkin diperlukan untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak TASKA menjalankan aktiviti atau majlis yang akan dilaksanakan. (Cth: majlis sambutan harijadi kanak-kanak/aktiviti luar sekiranya perbelanjaan tambahan diperlukan)

16       Ibu/Bapa/Penjaga diperlukan untuk menandatangani buku kedatangan. Ibu/Bapa/Penjaga yang menandatangani buku kedatangan selepas jam 7 petang atau 2 petang(Isnin-Jumaat) dan 2 petang (Sabtu minggu ke-2 dan ke-4) secara automatic dikenakan bayaran lebih masa. (Bayaran lebih masa RM6.00/jam bagi seorang bayi/kanak-kanak).

17        Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi (Cth: perubahan alamat atau nombor telefon).

18       Pihak TASKA dan kakitangan akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Ibu/Bapa/Penjaga ketahap yang terbaik mengikut kemampuan kami dalam usaha penjagaan dan sebagai Ibu/Bapa/Penjaga pengganti.

19       Segala maklumat lanjut mengenai yuran pendaftaran, yuran tahunan, caj bulanan, caj harian dan bayaran lebih masa, sila rujuk kepada Penyelia/Pengusaha TASKA,

20     Pihak Pengusaha TASKA berhak membuat sebarang pindaan terhadap Syarat dan Peraturan TASKA.

21       Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
 
Berikut adalah antara keperluan yang perlu disediakan oleh ibu bapa :-

a) 2 bulan - 1 tahun :
                                - Tilam / toto  kecil
                                - Peralatan mandi dan selepas mandi
                                - 4 diaper dan 4 helai baju
                                - Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
                                - Susu dan makanan bayi yang secukupnya.
                                - Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

b) 2 tahun – 4 tahun :
                                - Berus gigi dan alatan mandian
                                - 3 diaper dan 3 helai baju.
                                - Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
                                - Susu secukupnya.
                                - Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.       
(Sila labelkan nama anak anda pada setiap keperluan tersebut )


Saya ibu / bapa / penjaga Kepada ________________________ berumur  _____ bulan / tahun memahami dan bersetuju dengan segala peraturan-peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan Taska Nur Rahman.



Tandatangan ibubapa / penjaga :        ___________________________

Nama :                                               ___________________________
No kad pengenalan :                           ___________________________
Tarikh :                                              ___________________________

Khamis, 2010 Januari 28

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI



Saya bagi pihak seluruh warga Taska Nur Rahman memohon kerjasama anda. Kerjasama yang bagaimana? Begini; tempoh hari taska kami didatangi sepasang suami isteri yang tidak dipastikan identitinya. Waktu itu adalah tengahari, waktu rehat anak-anak dan staff kami. Kereta diberhentikan di luar pagar hadapan taska, kemudian dibunyikan hon. Kalau waktu begini dibunyikan hon, anda fahamlah kan bagaimana situasi mereka yang berada didalam taska kami. Tentu terkejut.

Apalah salahnya jika anda mahu meninjau keadaan taska sebelum mendaftarkan anak anda, telefonlah saya dahulu (sekurang-kurangnya) sebab nombor telefon bimbit saya sertakan di banner yang dipasang di tepi dan depan pagar taska. Oleh kerana saya tidak setiap masa berada di taska tetapi telefon bimbit saya on 24jam sehari, sms pun boleh. Jadi, kalau sudah ada temujanji, mudahlah saya mengatur masa yang sesuai. Jarak taska dengan rumah saya cuma 5km sahaja. Jadi, kalau anda mahu berjumpa saya dengan kadar segera, beri saya tempoh masa yang sesuai.

Waktu yang paling tidak sesuai adalah antara 11 pagi hingga 4 petang. Waktu ini memang biasa saya tiada di taska dan tidak dapat bertemu anda. Kerana waktu ini adalah masa untuk saya mengambil serta menghantar anak yang bersekolah. Harap maklum.

Maaf jika anda yang berkaitan membaca post ini.

Khamis, 2010 Januari 21

HAPPY BIRTHDAY AZA




Malam ni kami meraikan salah seorang kakitangan di Taska Nur Rahman sempena hari lahirnya yang ke-18. Lambatnya dia membesar..

Happy birthday Aza, moga dapat keputusan exam yang terbaik buat Aza nanti. Kalau masih ada jodoh dengan taska ni, teruskan. Kalau tak ada jodoh dengan taska ni pun, teruskan. Sebab hidup mesti juga diteruskan selagi belum sampai ajal kita. Kan?

Khamis, 2010 Januari 14

FAQ - WARNA TASKA





















Jika anda berada di kawasan Saujana Utama, Sungai Buloh Country Resort, Bukit Saujana dan Seri Pristana di Sungai Buloh, search bangunan taska di Jalan SP 2/4, Seri Pristana dengan warna cat bangunan seperti di atas. Untuk lokasi SILA KLIK DISINI

Gambar di atas adalah pemandangan dari bahagian hadapan taska.

Gambar di bawah pula adalah pemandangan dari bahagian tepi bangunan taska kami.




















Mengapa biru? Ada pendapat mengatakan "blue proves to lower blood pressure. Blue can be linked to the throat and thyroid gland. Blue also has a very cooling and soothing affect, often making us calmer."( petikan dari Color Psychology )

Mengapa kuning? Pendapat dari laman web yang sama juga mengatakan " Yellow has proven to stimulate the brain. This stimulation can make you more alert and decisive. This color makes muscles more energetic and activates the lymph system."

Kedua-dua gabungan warna ini juga digunakan supaya dapat membezakan antara rumah kediaman dan taska (dari segi penguatkuasaan). Selain itu harapan saya juga agar warna tersebut menjadi suatu terapi bagi semua yang melihatnya terutama kanak-kanak (bakal pemimpin) yang diasuh di Taska Nur Rahman. Sering mendoakan agar kanak-kanak yang diasuh serta kakitangan di sini sentiasa tenang jiwanya sekaligus tahap kesihatan mereka juga sentiasa terkawal. Amin...